Saturday, January 18, 2014

Majlis Perpisahan Imam 1- Ust Hj Dahalan-18 Januari 2014

Ust Hj Dahalan akan menamatkan perkhidmatan sebagai Imam 1 mulai 31 Januari 2014. Beliau adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Agama Pedas. Beliau telah berkhidmat mulai 27 December 2007  hingga lah 31 Januari 2014. Masjid Kariah Panchor Jaya akan kehilangan seorang imam yang cukup berdikasi,tegas,mesra dan mempunyai ilmu yang tinggi. Timb.Mufti Ust Zaidi antara murid yang pernah beliau ajar. Semoga ustaz dan keluarga akan beroleh kejayaan,dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yang sempurna,moga ust.tidak akan lupa kepada kami di Masjid Kariah Panchor Jaya.Kami akan merindui suara ust dalam mengimamkan sembahyang nanti.Salam dari seluruh AJk,Pegawai Masjid dan ahli kariah