Sejarah Wakaf Mart


Bagi  menjana ekonomi umat Islam, Masjid Kariah Panchor Jaya telah menubuhkan Kedai Koperasi yang diberi nama M.Shoppe.My dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia

 

Bangunan Wakaf Mart ini dibiayai pembinaan oleh Yayasan Wakaf Malaysia dengan perbelanjaan RM 100,000.Modal berbayar permulaan wakaf ini sebanyak RM 50 000

 

Kedai koperasi ini mula didaftarkan pada 27 April 2010. Majlis perasmian diadakan pada 15 Jualai 2011 dan disempurnakan oleh  YAB   DATO’ SERI UTAMA HJ MOHAMAD B.HJ HASAN,MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DAN YB DATO’SERI MEJAR GENERAL HJ JAMIL KHIRB.HJ BAHAROM (B) ,MENTERI DI JABATAN    PERDANA MENTERI MALAYSIA.

 

Dari segi pentadbiran,Wakaf Mart diketuai oleh Pengerusi iaitu Tn.Hj.Wan Abdullah b.Hj.Wan Su Nazir Masjid,terdapat 1 orang Setiausaha,1 orang Bendahari dan 6 orang Ahli Lembaga Pengarah.

 

Sementara dari segi operasi, kedai ini ditadbir oleh 1 orang Pengurus,1 Penyelia Kedai dan 3 orang Pembantu. Waktu operasi ialah dari jam 8.00pagi hingga 10.00 malam.