Thursday, December 12, 2013

VAN JENAZAH BARU UNTUK MASJID

Masjid Kariah Panchor Jaya akan mendapat sumbangan van jenazah sumbangan Bank Rakyat pada:
Tarikh                          : 16 December 2013
Hari                              : Isnin
Masa                            : 10 pagi
Tempat                         : Tingkat 16 bank Rakyat Kuala Lumpur

Pihak masjid akan diwakili oleh Tn Hj Wan Abdullah Hj Wan Su,Nazir,Tn Hj Abdullah,Timb Nazir,Tn Hj.Ab Manan,AJK dan En Rosli Sabidin Sukarelawan Masjid pada majlis penyerahan tersebut

KONVOI BANJIR DI MASJID PANCHOR JAYA

Konvoi untuk membantu mangsa banjir akan tiba di Masjid Kariah Panchor Jaya  pada petang Isnin 16 December 2013:
Semua ahli jamaah boleh menyumbangkan barang keperluan seperti toto,selimut,bantal,tuala,makanan kering,susu,gula,beras,minyak masak bermula hari Jumaat 13 December hingga hari Isnin 16 December.

Bersama-samalah kita membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di Pantai Timur

Ceramah Imam Muda Asyraf

Ceramah Imam Muda Asyraf pada :
Tarikh                     : 15 December 2013
Hari                         : Ahad
Masa                       : Lepas maghrib
Tajuk                       :ISLAM RAHMAT UNTUK SEMUA

Dijemput semua ahli kariah menghadiri majlis ilmu tersebut